Thursday, August 26, 2010

Tension

Dah nak dekat sebulan aku duduk rumah atok aku, pindah dari teman-teman aku di kondo Bukit Pandan 2. Ada kalanya aku rasa happy duduk sini. Dapatlah tolong apa yang patut. But ada kalanya memang tension.

Kenapa? Pasal aku duduk dengan orang-orang tua, yang kurang mengerti perasaan remaja macam aku ni. Entahlah, hari-hari ada sahaja kedengaran leteran/bebelan semua. Dulu memang banyak ditujukan pada aku, masa aku sekolah menengah kat sini. Sekarang adik-adik aku pulak yang kena tempiasnya. Kasihan.

Aku tahu, mereka memberi nasihat untuk aku menjadi seorang manusia yang berguna, bukan aku sahaja, tetapi untuk adik-adik aku juga. Alhamdulillah, aku bersyukur dibesarkan di sini. Tetapi adakalanya aku rasa tension.

Contohnya seperti situasi di bawah:

*Aku sedang memakai headfon sedang melayari beberapa laman sosial di Internet sambil mendengar lagu

Opah menyuruh aku simpan kain baju di dalam bilik yang telah siap dilipat. Pada kebiasaanya, aku memang tak dapat nak dengar apa-apa bila dah pakai earfon, so minta maaf sangat2 la. Jadi opah mula meninggikan suara memanggil aku, tetapi masih tidak kedengaran. Adikku pula memberi isyarat dan isyarat tersebut dilihat oleh aku, lalu lantas membuat apa yang patut (mengangkat kain yang dilipat masuk ke dalam bilik). Apa yang terjadi lepas tu? Buka sahaja earfon keluar dari telinga aku, mulalah kedengaran suara ungkitan yang memang menyebabkan aku sakit hati sangat-sangat.

"Baju kamu orang basuhkan, sidaikan. Pastu Opah lipatkan."

Padahal yang marah sebenarnya opah kerana puncanya aku tak dengar dia panggil pasal aku pakai earfon. Kenapa mesti diungkit-ungkit semua itu? Jika tak ikhlas nak tolong tak payah tolong takpe..aku pun sehari sehelai baju sahaja, jadi hujung minggu aku boleh basuh sekali gus. Tak perlu basuh hari-hari.

Aku bukan jenis yang tak menolong ke apa, memang aku tolong, inilah tujuan utama aku kembali balik ke rumah Opah ni, dengan harapan keadaan di sini berubah. Walaupun sepertinya dah berubah sedikit, tapi kesan-kesanya masih ada pasal adikku masih bersekolah di sini.

Biasalah budak sekolah, memanglah degil sedikit. Kena cakap banyak kali baru nak buat. Itu memang lumrah alam, kita sebagai yang tua kena selalu ingatkan yang muda. Itulah tugas aku, sebagai abang untuk tengok-tengokan adik aku. Opah aku makin tua. Nanti kalau aku tak jaga adik aku, siapa lagi?

Ya Allah, berikanlah aku kesabaran untuk terus berada dalam rumah ini.
"Yang semua pahit itu adalah ubat, tetapi kesannya memang manis kelak." :)

P/S: Aku memang suka nak praktikkan pakai earfon, aku tak suka dengar bebelan, leteran, lagi-lagi di bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment