Friday, May 14, 2010

PENAT.TIRED.CUTI.BREAK.

Akhirnya...aku offically merdeka. Although exam aku tamat pada 11 Mei, tak bermaknanya aku dah boleh senang lenang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, walaupun last minute punya kerja.

Pergh..assignment tak perlu nak cakap la, semua dah settle. Yang tinggal projek besar2. System Analysis and Design dan Visual Basic Documentation. Semuanya aku dah selesaikan, dan semalam (Jumaat) aku dah hantar semua sekali. :)

Dah lama tak update blog. Busy sangat, tu yg lama tak update tu. Sekarang aku boleh rehat, cuti ni aku nak nikmati sepenuhnya. Aku penat, penat, penat dengan CSOM ni. Tak sabar rasanya nak praktikal, cuma masalah sekarang yang aku risau mengenai praktikal ni adalah kenderaan.

Emm..duit yuran yang diberi MARA aku dah habiskan untuk bayar yuran, padahal pada mulanya aku nak guna duit tu untuk membuat lesen dan membeli motor. Adoi, banyak betul cabaran dalam hidup ni. Aku harap Tuhan sentiasa bersama aku, untuk menolong aku menghadapi liku-liku hidup ni.

Dah la penat membebel dah ni..luahan perasaan aje pun, hehe. ;)